(9 GAMBAR) KEJAM!! KUCING MIRIP HITLER DIPUKUL SAMPAI BUTA

Monday, May 26, 2014 by
(9 GAMBAR) KEJAM!! KUCING MIRIP HITLER DIPUKUL SAMPAI BUTA | Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin tertinggi Nazi, Adolf Hitler.

(9 GAMBAR) KEJAM!! KUCING MIRIP HITLER DIPUKUL SAMPAI BUTA

Baz, kucing jantan yang berusia tujuh tahun mempunyai 'misai' di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.

Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz di dalam tong sampah yang mengalami kecederaan yang teruk.

Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan seperti Hitler, tetapi dia seekor kucing yang pemalu dan lembut. 









0 comments:

Post a Comment